JBPM Negeri Sarawak menerima kehadiran Tn Hj. Mohamad Abdul Kadir bin Johari, auditor dilantik pihak SIRIM bagi melaksanakan rutin audit ‘surveillance’.
Pelaksanaan program dimulakan dengan mesyuarat pembukaan yang dipengerusikan oleh PgKB I Henderi bin Ardimansyah, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat yang juga merangkap urusetia Jawatankuasa Pelaksanaan ISO 9001:2015 JBPM Negeri Sarawak.
Turut hadir ke mesyuarat pembukaan adalah penolong-penolong pengarah bahagian serta ketua balai yang terlibat dalam program auditan ini. Audit berlangsung selama 4 hari bermula 17 sehingga 20 Oktober 2022 melibatkan 4 lokasi – ibu pejabat, BBP Batu Lintang, BBP Kota Samarahan dan BBP Serian.