
























Kuching, 29 OKtober 2024
PPjB Tiong Ling Hii, Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menyempurnakan Majlis Libat Urus Ketua-Ketua Zon dan Ketua-ketua Balai Tahun 2024 yang diadakan di Padang Kawad, Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya pada pagi tadi.
Antara pengisian majlis ialah Pelancaran Kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), penyerahan 3 unit jentera Compact Fire Rescue Tender (CFRT) kepada BBP Siburan, BBP kapit dan BBP Lopeng, Penyampaian Sijil kepada Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan yang telah mendapat Naib Johan dan tempat Ketiga masing-masing dalam acara Pertandingan Kawad Kaki dalam acara Breathing Apparatus Tactical Challenge Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 serta Simbolik Penyerahan pemakaian lencana Fit Firefighter kepada 12 orang Pegawai Bomba Gred KB 19 yang bertugas di Balai Bomba kawasan jagaan Pejabat Zon 1.