Kuching, 26 OKtober 2024
PPjB Tiong Ling Hii, Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak hadir memeriahkan Program “Let’s Get Fit” JBPM Negeri Sarawak yang telah diadakan di Serapi Waterfall.
Seramai 60 orang peserta lain-lain pangkat hadir sama dalam program berkenaan. Disamping mengeratkan lagi siratulrahim, senaman tubuh, pegawai yang hadir turut di sajikan dengan permandangan fauna yang memukau sepanjang laluan.
Hadir sama ialah PgKB I Henderi bin Ardimansyah, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri Sarawak