


















Kuching, 27 November 2024
PPjB Tiong Ling Hii, Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menyempurnakan Majlis Penutupan Program Intervensi Pengurusan Berat Badan Tahun 2024 kerjasama antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak dan Wellness Hub Kota Samarahan telah diadakan di Bilik Seminar.
Program Intervensi Pengurusan Berat Badan atau lebih dikenali dengan “I Fit and Eat Right” (IFitER) yang dianjurkan di peringkat JBPM Negeri Sarawak melibatkan 38 orang peserta ini telah bermula pada 10 Mei 2024 hingga 18 Oktober 2024. Program yang berjalan selama enam bulan ini dikendalikan oleh Jurulatih Wellness Hub Kota Samarahan dan Jurulatih Bertauliah JBPM Negeri Sarawak.
Tahniah kepada semua yang berjaya!
Hadir sama ialah PgKB I Henderi bin Ardimansyah, Penolong pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri Sarawak dan Puan Christy Alexander, Pegawai Penerangan (Pendidikan Kesihatan) dari Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan.