Majlis Apresiasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah

MALAM APRESIASI BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SUNGAI MERAH

Sibu, 14 Disember 2023

YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman, Pengarah JBPM Negeri Sarawak menghadiri Majlis Apresiasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah.

Dalam majlis tersebut turut diadakan penyampaian Sijil Penghargaan kepada Hero Bomba yang telah berjaya membantu memadam kebakaran pada tahun 2023. Selain itu turut diserahkan adalah Sijil Penghargaan Media, Rakan Kolaborasi, Pesara, Pertandingan Jom Sihat dan KIK.

Jabatan turut menyampaikan cenderahati kepada PBT II Shukri A.B Rahim, Ketua BBP Selangau yang akan berpindah ke JBPM Negeri Johor.

Terdahulu beliau dalam ucapannya mengucapkan jutaan penghargaan kepada semua anggota atas komitmen dalam menaikkan mutu perkhidmatan jabatan.

Hadir sama ialah PgKB I Ts. Andy Alie, Ketua Zon 4 Sarawak, TPgB II Abdul Mutalif bin Ja’afar, Ketua BBP Sungai Merah, Puan Amelia Tiu, General Manager Sri Minyak Group Sarawak dan Encik Fairul Azli Bin Banchit Pengurus Wilayah Pustaka Negeri Sarawak, Sibu

English EN Malay MS
Skip to content