Lawatan Rasmi dan Pemeriksaan Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut 2023 / 2024 di Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei

LAWATAN KERJA RASMI DAN PEMERIKSAAN KESIAPSIAGAAN MONSUN TIMUR LAUT 2023 / 2024 DI BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SARIKEI

Sarikei, 14 Disember 2023

YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak mengadakan Lawatan Rasmi dan Pemeriksaan Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut 2023 / 2024 di Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei.

Terdahulu beliau telah memeriksa Perbarisan Kehormat sebelum mendengar taklimat Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut 2023 / 2024 yang disampaikan oleh PPgB Mahmudin bin Narudin, Ketua BBP Sarikei.

Dalam majlis ringkas yang diadakan, beliau turut menyerahkan Sijil Hero Bomba kepada orang awam yang membantu memadam kebakaran.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau turut berterima kasih kepada orang awam dan mana mana pertubuhan yang seringkali cakna kepada keselamatan kebakaran di negeri Sarawak.

Hadir sama ialah PgKB I Ts. Andy Alie, Ketua Zon Sibu

English EN Malay MS
Skip to content