Lawatan Rasmi dan Pemeriksaan Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut 2023 / 2024 di Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu

LAWATAN KERJA RASMI DAN PEMERIKSAAN KESIAPSIAGAAN MONSUN TIMUR LAUT 2023 / 2024 DI BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT BINTULU*

Bintulu, 15 Disember 2023

YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini,Pengarah JBPM Negeri Sarawak mengadakan Lawatan Rasmi dan Pemeriksaan Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut 2023 / 2024 di Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu.

Beliau telah menyaksikan demonstrasi menyelamat di air oleh pasukan bertugas sebelum mendengar Taklimat Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut 2023 / 2024 yang disampaikan oleh TPgB I Christus anak Buson, Ketua BBP Bintulu.

Dalam ucapannya, beliau turut menghargai komitmen anggota dalam tugasan pada tahun 2023. Selain itu beliau turut berbangga dengan kesedaran orang awam terhadap keselamatan kebakaran yang mana ianya adalah hasil daripada kempen dan latihan daripada pegawai dan anggota di semua peringkat. Hadir sama ialah PgKB II Wan Kamarudin bin Wan Ahmad, Ketua Zon Bintulu

English EN Malay MS
Skip to content