Lawatan Rasmi dan Pemeriksaan Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut 2023 / 2024 di Balai Bomba dan Penyelamat Saratok

LAWATAN KERJA RASMI DAN PEMERIKSAAN KESIAPSIAGAAN MONSUN TIMUR LAUT 2023 / 2024 DI BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SARATOK

Saratok, 14 Disember 2023

YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak mengadakan Lawatan Rasmi dan Pemeriksaan Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut 2023 / 2024 di Balai Bomba dan Penyelamat Saratok.

Terdahulu beliau telah memeriksa Perbarisan Kehormat sebelum mendengar taklimat Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut 2023 / 2024 yang disampaikan oleh PPgB Putra bin Ila, Ketua BBP Saratok.

Dalam majlis ringkas yang diadakan, beliau turut menyerahkan Sijil Hero Bomba kepada orang awam yang membantu memadam kebakaran selain Sijil Hero Komuniti dan kelengkapan PPE kepada Pasukan Bomba Sukarela Sg Ruan dan Pasukan Bomba Sukarela Kabong.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau turut berterima kasih kepada orang awam dan mana mana pertubuhan yang seringkali cakna kepada keselamatan kebakaran di negeri Sarawak.

Hadir sama ialah PgB Mohamad Rais Adham bin Rasalan, Ketua Bomba Zon Sri Aman.

English EN Malay MS
Skip to content