Lawatan kunjungan hormat Pengarah OUM Kuching

12 Disember 2023, Selasa

Lawatan kunjungan hormat Pengarah OUM Kuching, Puan Hamimah Binti Kipli menyantuni PgKB II Tuan Unjar Lum, Ketua Bomba Zon 2 Kota Samarahan.

Turut bersama ALUMNI OUM Kuching, Tuan Fredrick dan Puan Celica Thomas Midarek.

Terima kasih kepada pihak Pejabat Bomba Zon 2 Kota Samarahan yang sudi menerima kunjungan kami.

Semoga kunjungan ini boleh membuka peluang pendidikan kepada semua anggota dan pegawai daripada Pejabat Bomba Zon 2 Kota Samarahan.

Pengambilan pelajar baharu untuk semester Januari 2024 kini sedang dibuka. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi pejabat OUM Kuching.

English EN Malay MS
Skip to content