







Kuching, 13 Januari 2025
YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menyantuni Pegawai- Pegawai yang bertugas di Pejabat Zon 2 dan BBP Siburan.
Ketibaan YS Pengarah disambut oleh PgKB II Unjar anak Lum, Ketua Zon 2, Ketua Balai BBP Siburan, Ketua Balai BBP Kota Samarahan, Ketua Balai BBP Serian, Ketua Balai BBP Simunjan, Ketua Balai BBP Asajaya, Pegawai-Pegawai Kanan Zon 2 dan anggota BBP Siburan.
Seterusnya, YS Pengarah dibawa melawat kawasan BBP Siburan sambil memeriksa keadaan fasiliti bangunan, kesiapsiagaan jentera dan aset balai. Beliau kemudiannya menerima taklimat mengenai Profil Balai, pencapaian, statistik dan perancangan serta hala tuju balai.
UPA Bomba Sarawak