KUNJUNGAN HORMAT YS PENGARAH JBPM NEGERI SARAWAK KEPADA YBhg. DATU DR CHAI KHIN CHUNG, PENGARAH UNIT KESELAMATAN PENGUATKUASAAN SARAWAK

Kuching, 10 Januari 2025

YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak membuat Kunjungan Hormat kepada Pengarah Unit Keselamatan Penguatkuasaan Sarawak.

Ketibaan YS Pengarah disambut oleh YBhg. Datu Dr Chai Khin Chung bersama pegawai kanan UKPS dan seterusnya di jemput ke bilik mesyuarat untuk sesi suai kenal dan membincangkan hubungan strategik, kolaborasi, kecekapan pengurusan bencana melibatkan agensi penyelamatan dan perancangan program Community Emergency Response Team (CERT).

Turut hadir bersama dalam kunjungan hormat tersebut ialah PgKB I Alimaddia bin Bukri, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri Sarawak.

UPA Bomba Sarawak

ms_MYMalay