






Kuching, 13 Januari 2025
YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menyantuni Pegawai- pegawai yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Serian.
Ketibaan YS Pengarah disambut oleh PPgB Christopher Adrian Winces, Ketua Balai BBP Serian bersama pegawai-pegawai bertugas. Seterusnya, YS Pengarah dibawa melawat kawasan BBP Serian sambil memeriksa keadaan fasiliti bangunan, kesiapsiagaan jentera dan aset balai. Beliau kemudiannya menerima taklimat mengenai statistik dan maklumat BBP Serian.
UPA Bomba Sarawak