








Lutong, 7 Februari 2025
YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menyantuni pegawai- pegawai yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Lutong.
Ketibaan YS Pengarah disambut oleh PgKB II Rafie bin Sapar, Ketua Cawangan Keselamatan Kebakaran Zon 6, PgKB II Awangku Mohd Hazmin bin Awang Zainal, Ketua Cawangan Penyiasatan Kebakaran Zon 6, PBT Henry anak Jugah, Ketua BBP Lutong dan anggota BBP Lutong.
Seterusnya, YS Pengarah dibawa melawat kawasan BBP Lutong sambil memeriksa keadaan fasiliti bangunan, kesiapsiagaan jentera dan aset balai. Beliau kemudiannya menerima taklimat mengenai Profil Balai, statistik, maklumat dan hala tuju BBP Lutong.
UPA Bomba Sarawak