








Marudi, 6 Februari 2025
YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menyantuni pegawai- pegawai yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Marudi.
Ketibaan YS Pengarah disambut oleh PgKB I Ismaidi bin Hj. Ismail, Ketua Zon 6 Sarawak, PgKB II Awangku Mohd Hazmin bin Awang Zainal, Ketua Cawangan Penyiasatan Kebakaran Zon 6, PPgB Jessbent bin Jenus, Ketua BBP Marudi dan anggota BBP Marudi.
Seterusnya, YS Pengarah dibawa melawat kawasan BBP Marudi sambil memeriksa keadaan fasiliti bangunan, kesiapsiagaan jentera dan aset balai. Beliau kemudiannya menerima taklimat mengenai Profil Balai, statistik, maklumat dan hala tuju BBP Marudi.
UPA Bomba Sarawak