






Miri, 7 Februari 2025
YS PKPjB Jamri bin Masran Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menziarahi mendiang Pesara Bomba John Ding di kediamannya pada pagi tadi di Miri. Kehadiran beliau disambut anak mendiang, PBK II (KUP) Garvin Maya.
Mendiang John Ding telah berkhidmat selama 38 tahun dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sejak tahun 1970 dan bersara wajib pada tahun 2008. Pejabat Zon 6 (Miri) merupakan tempat terakhir beliau bertugas sebagai Ketua Ahli Bomba.
YS Pengarah turut memberi sumbangan peribadi serta menyerahkan sumbangan daripada Pejabat Zon 6 dan PERISMA Sarawak kepada keluarga mendiang.
Hadir sama ialah Pegawai-pegawai Kanan Pejabat Zon 6, Ketua-ketua Balai dan anggota-anggota daripada BBP Lopeng dan BBP Lutong.
UPA Bomba Sarawak