










Kuching, 8 Januari 2025
YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menyantuni Pegawai- pegawai yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Lundu.
Ketibaan YS Pengarah disambut oleh PPgB Muhamad Hazizul bin Abdul Mujun, Ketua Balai BBP Lundu bersama pegawai-pegawai bertugas. Seterusnya, YS Pengarah dibawa melawat kawasan BBP Lundu sambil memeriksa fasiliti bangunan, kesiapsiagaan jentera dan aset balai. Beliau kemudiannya menerima taklimat mengenai statistik dan maklumat BBP Lundu.
UPA Bomba Sarawak