











Kuching, 8 Januari 2025
YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menyantuni Pegawai- pegawai yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Bau.
Ketibaan YS Pengarah disambut oleh PKPgB Zainudin bin Ngatdemon, Ketua Balai BBP Bau bersama pegawai-pegawai bertugas. Seterusnya, YS Pengarah dibawa melawat kawasan BBP Bau sambil memeriksa keadaan fasiliti bangunan, kesiapsiagaan jentera dan aset balai. Beliau kemudiannya menerima taklimat mengenai statistik dan maklumat BBP Bau.
UPA Bomba Sarawak