LAWATAN KERJA RASMI YS PENGARAH JBPM NEGERI SARAWAK KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT BATU LINTANG

Kuching, 7 Januari 2025

YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menyantuni Pegawai- pegawai yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang.

Ketibaan YS Pengarah disambut oleh TPgB II Mohd Raffy bin Saibi, Ketua Balai BBP Batu Lintang bersama pegawai-pegawai bertugas. Seterusnya, YS Pengarah dibawa melawat kawasan BBP Batu Lintang sambil memeriksa keadaan fasiliti bangunan dan kesiapsiagaan jentera. Beliau kemudiannya menerima taklimat mengenai statistik dan maklumat BBP Batu Lintang.

Hadir sama ialah PgKB I Alimaddia bin Bukri, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri Sarawak.

UPA Bomba Sarawak

ms_MYMalay