
7 Mei 2025. PKPjB Mohd Pisar bin Aziz Pengarah Bomba Sabah telah mengadakan Ziarah Kasih kepada anggota Bomba Sipitang yang terlibat kemalangan pada 5 Mei 2025.
PBK II (TBK I) Hamid Harshary Bin Hamidi (35 Tahun) yang bertugas di BBP Sipitang telah terlibat kemalangan jalanraya di Maraba, Beaufort semasa dalam perjalanan menuju ke tempat kerja (BBP Sipitang) dgn menaiki motosikal.
PBK II (TBK I) Hamid Harshary Bin Hamidi sedang dirawat di Hospital Beaufort.
Diakhir lawatan Pengarah menyerahkan sedikit sumbangan kepada PBK II (TBK I) Hamid Harshary Bin Hamidi dan keluarga bagi meringankan sedikit bebanan beliau sekeluarga.