
8 Mei 2025 PKPjB Mohd Pisar Aziz telah mengadakan lawatan kerja ke Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud bagi meninjau sendiri persediaan BBP Kota Belud menghadapi Monsun Barat Daya yang dijangka bermula 10 Mei dan berterusan sehingga September ini susulan angin yang mula bertiup secara konsisten dari arah barat daya ke rantau negara.
Pengarah Bomba Sabah disambut oleh Ketua Balai dan Penyelamat Kota Belud PPgB Elge Bakuk.
diakhir lawatan, Pengarah berkesempatan bertemu dengan anggota pasukan yang bertugas dan menyampaikan amanat agar anggota menjalankan dengan penuh tanggungjawab dan mengutamakan keselamatan dan prosedur operasi.

