6 Mei 2025 Kunjungan hormat oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah kepada Tuan Yang Terutama Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman ke Istana Negeri Sabah Jalan Gaya
Kunjungan Hormat merupakan kunjungan pertama YS PKPjB PIsar bin Aziz sejak dilantik sebagai Pengarah Bomba Sabah pada 7 April 2025 yang lalu.
“Selain memaklumkan pelantikan saya sebagai pengarah yang baharu, saya turut berkongsi status operasi jabatan termasuk persiapan menghadapi penghujung musim Monsun Timur Laut (MTL) serta insiden banjir yang kini berlaku di beberapa daerah seperti Beaufort dan Sook,” katanya.
Pertemuan ini mempereratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh kerjasama antara JBPM Sabah dan kepimpinan negeri demi kesejahteraan rakyat.



