Majlis Simbolik Penyampaian Bantuan Bayaran Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Tahun 2023 kepada Pasukan Bomba Sukarela Zon Kota Kinabalu

WhatsApp Image 2023 04 17 at 10.01.12

17 April 2023 – Majlis Simbolik Penyampaian Bantuan BKKA 2023 bagi Zon Kota Kinabalu telah disempurnakan oleh PPjB Ts. Farhan Sufyan bin Borhan, Timbalan Pengarah JBPM sabah kepada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Unggun Jaya, PBS Pulau Gaya, PBS Kg Cenderamata 2 Likas, PBS Kg Kolonsunan Inanam dan PBS Penampang.

Kerajaan telah meluluskan dan menyalurkan peruntukkan berjumlah RM 3,022,800.00 juta kepada 8049 anggota sukarela dan 2027 PBB seluruh Malaysia. Daripada jumlah peruntukan besar tersebut sebanyak RM409,800.00 diperuntukkan bagi JBPM Sabah untuk diagihkan kepada 1155 anggota Bomba Sukarela dan 211 Pegawai Bomba Bantuan Negeri.

Kerajaan menerusi Pembentangan Belanjawan pada 24 Feb 2023 telah mengumumkan Bantuan BKKA bagi meringankan beban anggota sukarelawan dan bantuan menjelang aidilfitri. Selain daripada Geran Bantuan RM 3000 kepada PBS setiap tahun, BKKA ini juga diharapkan dapat meringankan beban seterusnya memperkasa peranan sukarelawan Bomba dalam penyampaian khidmat kebombaan kepada masyarakat.

#TerimaKasihPMX #PasukanBombaSukarela #PegawaiBombaBantuan

English EN Malay MS
Skip to content