bomba pangkat21

Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023

9 Jun 2023 – Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YAS Dato’ Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melibatkan seramai lima(5) tokoh yang telah banyak menyumbang jasa dan bakti serta sokongan berterusan terhadap aktiviti kebombaan di peringkat negeri Sabah dan negara amnya.

Mendahului senarai penerima ;

1. YB Datuk Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah – Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat)

2. YBhg. Dato’ Makhzan Bin Mahyuddin, Setiausaha Kerajaan Persekutuan Sabah – Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat)

3. YBhg. Datuk Ag Shahminan Bin Datuk Ag Sahari, Setiausha Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Penyelidikan Sabah – Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).

4. YBhg. Datuk Haji Mohd Rashid bin Dato’ Haji Mohd Tahir, Setiausaha Perhubungan Khas Kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah – Penolong Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) dan;

5. YBrs. Tuan Elvin Alrick Jilan, Setiausaha Sulit Kepada Ketua Menteri Sabah – Penolong Pesuruhjaya Bomba (Kehormat)

Seluruh warga jabatan mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan berterusan Datuk SKN, Dato’ SUPS dan semua penerima Pangkat Kehormat yang telah membantu jabatan meningkatkan perkhidmatan dengan lebih cemerlang.

Foto Kredit : Jabatan Penerangan Negeri Sabah

WhatsApp Image 2023 06 09 at 12.48.10
Sesi gambar berkumpulan bersama penerima pangkat kehormat
bomba pangkat21
YB Datuk Seri Panglima Hj Safar bin Untong Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah menerima tongkat kuasa daripada YAS Dato’ Ketua Pengarah JBPM
bomba pangkat3
Sesi pemakaian pangkat kehormat kepada YBhg Dato’ Makhzan Bin Mahyuddin oleh YAS Dato’ Ketua Pengarah JBPM.
WhatsApp Image 2023 06 09 at 12.48.11
upacara penganugerahan Pangkat Kehomat (Bomba) yang turut di hadiri YS PKPjB Abdul Razak Muda, Pengarah JBPM Negeri Sabah
WhatsApp Image 2023 06 09 at 12.48.12
Antara pegawai-pegawai jabatan yang hadir di upcara penganugerahan Pangkat Kehormat (Bomba) Negeri Sabah

WhatsApp Image 2023 06 09 at 12.48.13
YB Datuk Seri Panglima Hj Safar Untong beramah mesra bersama Datuk SUPS dan pegawai tertinggi jabatan.
majlis anugerah pingat 1
English EN Malay MS
Skip to content