Kunjung Hormat Ketua Zon 6 Sandakan JBPM Sabah Ke Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Cawangan Sandakan

28 Mac 2023 – Ketua Zon Sandakan PgB Jasri Ab. Jal yang baru sahaja dilantik menjalankan tugas sebagai Ketua Zon Sandakan telah mengadakan kunjung hormat ke semua agensi kerajaan di daerah Sandakan. Salah satu agensi yang dikunjungi adalah JUPEM atau lebih tepat dikenali sebagai Pejabat Topografi Wilayah Sandakan, JUPEM Bahagian Pemetaan Topografi Sabah, yang terletak di Bangunan Urusetia Negeri Batu 7, Jalan Labuk.

Kunjungan Hormat ini adalah bertujuan mengeratkan silaturrahim dan mewujudkan kerjasama serta hubungan baik antara agensi kerajaan di Sandakan Sabah. Sebelum mengakhiri sesi kunjungan hormat ini, Bomba turut menyatakan kesediaan jabatan untuk berkerjasama dan berkolabrasi (G2G) dalam meningkatkan mutu perkhidmatan agensi kerajaan pusat untuk kemudahan orang awam khususnya di daerah Sandakan.

1
1
3
3
2
2
4
4
English EN Malay MS
Skip to content