Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah

DSC09098 1

15 September 2023 – Seramai 79 orang pegawai Bomba dan pegawai gunasama pelbagai pangkat telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) diatas khidmat bakti dan kecemerlangan prestasi perkhidmatan yang diberikan dan 24 orang penerima Sijil 30 Tahun Perkhidmatan. Majlis telah disempurnakan YAS Dato’ Sri Abdul Wahab bin Haji Mat Yasin, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Dalam ucapan dan amanat YAS Dato’ Sri Abdul Wahab, penganugerahan yang diberikan kepada penerima-penerima adalah sebagai salah satu daya motivasi, dan tanda pengiktirafan jabatan di atas UPA JBPM Sabah kesungguhan dan dedikasi penerima dalam melaksanakan tanggungjawab demi memastikan organisasi ini menyampaikan perkhidmatan yang terbaik selari dengan kehendak dasar negara.

Penanugerahan ini akan menjadi pencetus semangat dan “motivator” kepada rakan-rakan yang lain kepada kecemerlangan jabatan sebagai sebuah organisasi yang berprestasi tinggi, ke depan, sentiasa ke depan dalam melaksanakan tranformasi, ecosystem kerja yang sihat, warga kerja positif, cepat dan pantas membuat perubahan bagi memenuhi keperluan pelanggan dan bekerja dengan semangat berpasukan selari dengan inspirasi BOMBA THE BEST (Transformasi, High Performance, Eco-system, Brave, Empathy, Speed dan Teamwork) sekaligus memastikan perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan Jabatan sentiasa efisien.

Sekali lagi tahniah diucapkan kepada semua penerima APC Tahun 2022 bagi JBPM Negeri Sabah dan Penerima Sijil 30 Tahun Perkhidmatan. Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Jawatakuasa dan Urusetia Majlis di atas persiapan dan kejayaan penganjuran ini.

DSC08743
DSC08789
DSC08794
DSC08971
DSC08894
DSC08746
English EN Malay MS
Skip to content