Misi Bantuan Kemanusiaan Salinatan – Pensiangan, Sabah

WhatsApp Image 2023 09 27 at 13.03.56

27 September 2023 – Pasukan Bomba telah menghantar sebuah Helikopter jenis Mi-171(M994-04) bagi bantuan menghantar bakul makanan kepada penduduk Daerah Pensiangan yang telah terputus hubungan akibat dari tanah runtuh yang telah berlaku sejak 05 September 2023 yang menyebabkan beberapa jalanraya terputus serta tidak dapat dilalui oleh kenderaan darat dan agak berbahaya sekiranya menggunakan kenderaan air.

Sebanyak 8 buah kampung telah terlibat iaitu Kg. Kabu, Kg.Saliliran, Kg. Siatu, Kg. Simohong, Kg. Karampalon, Kg. Babayasing, Kg. Dobolon dan Kg. Sibangali Pensiangan yang menjejaskan seramai lebih kurang 500 orang penduduk. Seramai 33 orang pegawai dan anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, telah terlibat dalam misi bantuan ini yang diketuai oleh PKPjB Abdul Razak bin Muda, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah.

Misi ini merupakan program kerjasama JBPM dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Nabawan dan pihak NGO (Forces of Love) bagi menyelaras bantuan secara teratur untuk penduduk mangsa bencana pedalaman setempat Nabawan. Misi Kemanusiaan ini telah dijalankan sebanyak 2 kali, yang mana pada misi pertama pada 12 September 2023 sebanyak 2.3 tan bantuan makanan telah diagihkan kepada penduduk yang terjejas dengan menggunakan pengangkutan air dengan kerjasama antara pihak JBPM dan pihak NGO (Forces of Love).

Untuk misi kedua kali ini (27 September 2023) sebanyak 10.45 tan bantuan makanan 8 tan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 2.45 tan dari pihak NGO) sedang diagihkan oleh 2 unit helicopter iaitu jenis Mi-171 (milik JBPM) dan AW 139 (milik PDRM) dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Nabawan dan pihak NGO (Forces of Love).

WhatsApp Image 2023 09 27 at 10.21.42
WhatsApp Image 2023 09 27 at 13.04.00
WhatsApp Image 2023 09 27 at 13.04.07
WhatsApp Image 2023 09 27 at 10.21.41
WhatsApp Image 2023 09 27 at 13.04.04
WhatsApp Image 2023 09 27 at 13.03.56 1

English EN Malay MS
Skip to content