Majlis Perasmian Penutupan Program Pemantapan Kepimpinan Ketua Zon Dan Ketua Balai Wilayah Borneo Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

WhatsApp Image 2023 09 20 at 09.01.29

14 September 2023 – ” Pemantapan modal Insan kepegawaian warga wira merah terus digilap sejajar dengan konsep BOMBA THE BEST ( Transform, High Performance, Ecosystem, Brave, Empathy, Speed, Teamwork)”, kata YAS Dato Sri Abdul Wahab Hj Mat Yasin Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Majlis Perasmian Penutupan program itu di Dewan Serbaguna Kampung Pukak Kiulu.

YAS Dato Sri Abdul Wahab juga dalam ucapannya penutupannya menyatakan pengisian program ini disesuaikan dengan insiden yang kerap berlaku masa kini iaitu insiden kepala air. ” Latihan dan simulasi di sungai dan jeram amat bermakna kepada wira merah sebagai persediaan awal, pembiasaan dan pendedahan dalam mendepani cabaran pengurusan operasi kepala air yang kerap berlaku kebelakangan ini, bertepatan dengan apa yang ditekankan di bawah P. D. C. A ( Plan Do Check Action) bagi memastikan kecekapan penyampaian perkhidmatan kebombaan kepada pelanggan jabatan.

Terdahulu, YS PKPjB Abdul Razak Muda, Pengarah JBPM Negeri Sabah dalam ucapan aluannya memaklumkan bahawa seramai 80 orang peserta program ini terdiri daripada ketua zon dan ketua balai di Wilayah Borneo iaitu peserta dibahagikan kepada 8 pasukan, setiap pasukan diketuai oleh ketua zon yang akan memimpin 10 pegawai pelbagai gred iaitu aktiviti pemantapan program ini bermula dari 11 hingga 14 September 2023.

Turut Hadir dalam Majlis penutupan ini ialah YS Ts. Dato’ Ahmad Izram Osman Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan & Penyelamat JBPM , YS PgKB I Abdul Rahman Ali Abdul Jalil, Pengarah JBPM Labuan dan turut dihadiri bersama Malina Jamarin Pegawai Penerangan Daerah Tuaran dan Jumadi Gimus mewakili UPPM Kiulu.

WhatsApp Image 2023 09 20 at 09.00.47
WhatsApp Image 2023 09 20 at 09.00.55
WhatsApp Image 2023 09 20 at 09.01.13
WhatsApp Image 2023 09 20 at 09.01.15
WhatsApp Image 2023 09 20 at 09.01.23
WhatsApp Image 2023 09 20 at 09.01.24 1
English EN Malay MS
Skip to content