
8 Mei 2025. YBhg. Dato Dr. Haji Adnan bin Mat, Presiden CUEPACS telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Balai Bomba dan Penyelamat Tambunan dan Balai Bomba dan Penyelamat Keningau.
rombongan CUEPACS disambut Ketua Zon JBPM Keningau PgB Yuszaimi Hairrul Azwan Bin Hj Juatan dan Ketua Balai Bomba Keningau PKPgB Severinus@Mohd Nidzam Bin Sainkui.
Dalam ucapan Dato’ Dr Hj Adnan mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua anggota Bomba yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dan menjalankan tugas untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara dapat dipelihara.
Sebelum itu, Presiden CUEPACS turut berkesempatan mengadakan lawatan kerja ke BBP Tambunan dan diraikan Ketua balai Bomba Tambunan PPgB Mitchell Francis George bersama anggota. Dalam siri pertemuan ini juga telah diadakan sesi soal jawab Presiden dan anggota Bomba balai.
Bomba Sabah amat berbesar hati atas lawatan kerja Presiden CUEPACS ini yang sentiasa prihatin dengan kebajikan anggota Bomba agar terus terpelihara.



