
24 April 2025 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Peserta Program Kursus Jati Diri Dan Bina Insan Antara Jabatan / Agensi Anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
Rombongan yang dketuai oleh Yang Hormat Dato’ Ahmad Khirrizal bin AB Rahman Pengelola Bijaya Diraja Utama Ke bawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang selaku Ketua Ekspedisi Gunung Kinabalu 2025.
Seramai 66 orang peserta kursus daripada pelbagai agensi persekutuan dan negeri Pahang telah hadir sama dalam kunjungan hormat kali ini.



