
18 April 2025 YS TPjB Hj Nordin Bin Pauzi Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamatan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Lintas.
Kehadiran YS TPjB Hj. Nordin bin Pauzi diiringi PgKB I Muhammad Taqiuddin Victor bin Doon, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamatan JBPM Sabah.
pada sesi pertemuan bersama TPjB Hj Nordin bin Fauzi, pegawai dan anggota BBP Lintas berpeluang mengemukakan soalan berkaitan berkaitan Sistem Tugasan Balai (STB) yang diperkenalkan untuk dilaksanakan di peringkat balai.
YS TPjB Hj. Nordin bin Pauzi pernah menyandang jawatan sebagai Pengarah JBPM Negeri Sabah dan Bomba Sabah merupakan Pilot Project bagi program ini yang pernah dilaksanakan di Sabah.



