Kehadiran Bomba memeriahkan Perarakan sempena Hari Kebangsaan dan Hari Sabah

457142327 901132152053354 4902634628975200494 n

31 Ogos 2024 – Kontingen Bomba Sabah sekali lagi menarik perhatian orang ramai apabila Bomba Sabah membawa wira cilik iaitu Lexi, Peter dan Fluer Anjing Pengesan dari Unit-K9 serta dua ekor “Ophiophagus Hannah” atau King Cobra dan “Malayopython Reticulatus” atau ular sawa batik pada acara Perbarisan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2024.

Sorakan kepada Lexi yang merupakan anjing pengesan jenis ‘Labrador Retriever’, serta Peter dan Fluer, yang merupakan jenis anjing ‘English Pringer Spaniel’ telah jelas memancarkan keterujaan orang ramai untuk menyaksikan penampilan mereka julung kali.

Dengan laungan “Cepat dan Mesra. Bomba Tonggak Penyelamatan Negara”, semangat kebangsaan tidak terhenti di situ, orang ramai turut berpeluang menyaksikan perarakan aset dan jentera JPBM Negeri Sabah yang menjadi jentera adiwira dalam tindakan operasi pemadaman kebakaran dan operasi penyelamatan antaranya Motorsikal First Responder RIM (Rapid Intervention Motorcycle), bot penyelamat ARIB (Amphibious Rigid Inflatable Boat), kenderaan Unit Pengesan K9, kenderaan forensik, kenderaan kecemasan EMRS (Emergency Medical Rescue Services), jentera pemadaman dan penyelamat FRT (Fire Rescue Tender) SCANIA, jentera HPPM (High Performance Pump Module), jentera ‘water tanker‘ berkapasiti 20,0000L dan jentera penyelamat aras tinggi ALP (Aerial Ladder Platform).

457384418 901132265386676 540296295999625619 n
Salah satu sebuah jentera Bomba turut berarak pada perbarisan kali ini

457461086 901132302053339 3449046012692013242 n
Abang Bomba kita
457314430 901132172053352 2085922564387574496 n
kakak Bomba kita dengan “kawan” nya
457253009 901132448719991 457478726261268076 n
Motorsikal RIM turut diragakan pada perbarisan kali ini
WhatsApp Image 2024 08 31 at 08.18.49
Abang Bomba kita lagi
WhatsApp Image 2024 08 29 at 13.31.22
Kontingen Bomba Sabah pada perbarisan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah tahun 2024

WhatsApp Image 2024 08 31 at 08.34.53
Kawan-Kawan Bomba kita ini Behave tidak nakal dan jahat, tenang saja ikut perbarisan
WhatsApp Image 2024 08 29 at 10.18.50
nampak gagah abang Bomba kita berpakaian baju kalis Api
ms_MYMalay