20 Ogos 2024 – Bomba Sabah telah berjaya merampas kembali takhta Kejuaraan Sukan Bomba malaysia (SUKBOM) pada tahun 2024 dengan menjuarai keseluruhan pungutan pingat SUKBOM pada tahun ini.
Sabah berjaya merangkul 17 pingat emas, 9 pingat perak dan 14 pingat gangsa pada kejohanan kali ni menewaskan saingan terdekat JBPM Ibu Pejabat dengan pungutan pingkat 13 pingat emas, 8 pingat perak dan 10 pingat gangsa.
Kejohanan SUKBOM pada tahun ini di adakan di negeri Kedah Daru Aman dan Perlis Indra Kayangan. JBPM Sabah mengucapkan tahniah kepada semua atlet Bomba Sabah yang telah berusaha gigih sehingga membawa kejayaan Bomba Sabah menjuarai SUKBOM Tahun 2024. JBPM Sabah turut mengucapkan terima kasih pada Tuan Rumah SUKBOM kali ini atas sambutan dan hospitaliti terbaik sepanjang penganjuran, Tahniah JBPM Kedah dan JBPM Perlis!