13 September 2024 JBPM Sabah baru saja selesai pengauditan kualiti dalaman MS 9001:2015, MS ISO 37001: 2016, Sistem Penarafan Bintang(SSR) dan Anti Bribery Management System (ABMS) yang telah dilaksanakan pada 9 – 13hb September 2024.
Pasukan Audit Dalaman ini diketuai oleh PgKB I Amran bin Jaya daripada Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah bersama seramai 13 orang pegawai telah melaksanakan auditan dalaman ke semua Bahagian, Zon dan Balai bermula 9 September 2024 hingga 13 September 2024.
Pada sesi auditan kali ini turut dilaksanakan pengauditan Anti-Bribery Management System (ABMS) ISO 37001:2016 peringkat JBPM negeri Sabah.