Majlis Pentauliahan Tamat Latihan Kursus Sijil Sains Kebombaan (KSSK) Siri 01/2022

14 Julai 2022 – Seramai 148 pegawai Bomba ditauliahkan selepas tamat Sijil Sains Kebombaan siri 01/2022 yang diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor, Ketua Menteri Sabah dan diiringi bersama YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah. Kursus Pentauliahan yang dijalankan sejak Mac lalu itu diadakan Pusat Latihan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sabah dengan pelbagai pengisian bagi mempersiapkan Pegawai Bomba baharu ini lengkap dengan ilmu dan kemahiran kebombaan serta dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Pegawai Bomba akan ditempatkan di seluruh Malaysia bagi mengisi kekosongan sedia ada.

Syabas dan tahniah kepada semua pegawai Bomba yang berjaya menamatkan kursus ini.

Semoga Maju Jaya dan Selamat Bertugas!

#AndaWiraMerah

mtl4
Foto Credit to Khairul Renchong
mtl8
Foto Credit to Khairul Renchong
mtl15
Foto Credit to Khairul Renchong
mtl12 1
Foto Credit to Khairul Renchong
mtl7
Foto Credit to Khairul Renchong
mtl10
Foto Credit to Khairul Renchong

mtl14
Foto Credit to Khairul Renchong
mtl13
Foto Credit to Khairul Renchong
mtl6
Foto Credit to Khairul Renchong
mtl9
Foto Credit to Khairul Renchong
ms_MYMalay