30 Jun 2022 – Pejabat JBPM Zon Tawau bersama-sama Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau telah mengadakan Konvensyen Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di daerah Tawau selama 2 hari bermula 29 jun sehingga 3o Jun 2022
Objektif utama Konvensyen ini diadakan bagi memberi ruang kepada pasukan-pasukan sukarela yang diwujudkan supaya dapat bertukar-tukar maklumat dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran PBS dalam memberi respon awal sebelum ketibaan Pasukan Bomba. Selain Ikatan silaturahim dan semangat berpasukan dapat diperkukuhkan dengan penganjuran konvensyen ini.
Pertandingan ini turut menguji kecekapan di antara zon untuk pemilihan mewakili Sabah di peringkat Konvensyen Kebangsaan yang akan diadakan pada November 2022. Konvensyen PBS turut diadakan sepanjang minggu ini di Pejabat JBPM Zon Kudat dan Zon Keningau.
Majlis Penutupan Konvesyen telah disempurnakan oleh PgKB I Misran bin Bisara, Ketua Bahagian Pengoperasian Kebombaan dan Penyelamatan Negeri yang wakili YS Pengarah JBPM Sabah. Syabas dan Tahniah Pasukan Bomba Sukarela, kita-kita juga baini..mantul!