14 Julai 2022 – YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor, Ketua Menteri Sabah telah dianugerahkan pangkat kehormat dengan gelaran Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) dalam Istiadat Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang disempurnakan oleh YAS Dato’ Sri Ts Mohammad Hamdan bin Hj Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Penganugerahan ini sebagai penghargaan jabatan ke atas jasa dan bakti Ketua Menteri Sabah yang begitu prihatin terhadap keperluan kebombaan di samping sokongan beliau dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keselamatan kebakaran di negeri Sabah.
Manakala YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dianugerahkan pangkat kehormat dengan gelaran Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) atas sumbangan dan kerjasama erat beliau serta kementerian dalam menyokong dan merealisasikan perkhidmatan kebombaan yang terbaik untuk negeri Sabah.
Terima kasih Datuk Seri Panglima!


