Pada 7 Februari 2024, satu Kaunter Fizikal PADU telah dibuka di JBPM Putrajaya bagi memudahkan semua kakitangan di JBPM Putrajaya untuk mengisi Sistem PADU yang merupakan pangkalan data berkaitan individu dan isi rumah Rakyat Malaysia yang mengintegrasikan data dan maklumat daripada pelbagai kementerian dan agensi. Jabatan Perangkaan Malaysia Wilayah Persekutuan Putrajaya (DOMS) telah hadir bagi membantu melancarkan urusan pengisian Sistem PADU tersebut. Selain warga JBPM Putrajaya, program ini juga mendapat sambutan daripada kakitangan Ibu Pejabat JBPM dan orang luar yang datang untuk mendapatkan maklumat lebih lanjt mengenai Sistem PADU.