13 Februari 2024 (Selasa) – Latihan kebakaran merangkumi latihan pengungsian bangunan, tindakan awal menyelamatkan diri & tindakan pencegahan kebakaran diadakan di Istana Melawati, Presint 1, Putrajaya. Seramai 136 orang penghuni termasuk pekerja pembersihan yang terlibat dalam latihan ini yang dikendalikan oleh PKPgB Mohd Taha Bin Husain dan Anggota dari Pasukan B BBP Presint 14 PBK II Siti Norhuda Bt Jaafar @ Mustafa .Pemeriksaan bangunan dibuat oleh pasukan Bomba sebelum disahkan selamat untuk diduduki semula pada pukul 11.55pagi.Pemerhati dari JBPM Putrajaya untuk Latihan Kebakaran ini diketuai oleh PKPgB Mohd Taha Bin Husain dan Anggota dari BBP Presint 14.