6 Februari 2024 (Selasa) – Latihan kebakaran merangkumi latihan pengungsian bangunan, tindakan awal menyelamatkan diri & tindakan pencegahan kebakaran diadakan di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, Presint 2, Putrajaya. Seramai 1017 orang penghuni termasuk pekerja pembersihan yang terlibat dalam latihan ini yang dikendalikan oleh PKPgB Mohd Taha Bin Husain dan Anggota dari Pasukan C BBP Presint 7 PBK II Ahmad Syahidi Rizal Bin Hj Hamidun .
Pemeriksaan bangunan dibuat oleh pasukan Bomba sebelum disahkan selamat untuk diduduki semula pada pukul 10.25pagi.
Pemerhati dari JBPM Putrajaya untuk Latihan Kebakaran ini diketuai oleh PKPgB Mohd Taha Bin Husain dan Anggota dari BBP Presint 7.