29 September 2022 (Khamis) – Latihan kebakaran merangkumi latihan pengungsian bangunan, penggunaan alat pemadam api, tindakan awal menyelamatkan diri & tindakan pencegahan kebakaran diadakan di Bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya Presint 2, Putrajaya. Seramai 333 orang kakitangan termasuk pekerja am, pegawai keselamatan & pekerja pembersihan terlibat dlm latihan ini yg dikendalikan oleh PgB Fadhlul Wafi bin Keya Nordin (BKK) dan Pasukan C, BBP Presint 7 yg diketuai oleh PBK II Ahmad Syahidi Rizal Bin Hj Hamidun. Pemeriksaan bangunan dibuat oleh pasukan Bomba sebelum disahkan selamat untuk diduduki semula pada pukul 10.26 pagi. Pemerhati JBPM Putrajaya diketuai oleh PgB Fadhlul Wafi bin Keya Nordin (Pen. Pengarah BKK) bersama 1 org pegawai dan 3 anggota.
Kakitangan Suruhanjaya Pilihanraya sedang berkumpul di Tapak Perhimpunan. Pegawai Bertugas sedang memerhatikan maklumat mengenai Latihan Kebakaran. Anggota Bomba sedang membawa mangsa keluar ke tempat yang selamat. PgB Fadhlul Wafi bin Keya Nordin ditemani anggota-anggota bomba yang lain sedang memeriksa Bilik Rakaman CCTV Post-mortem bersama Jawatankuasa & OKK yang terlibat dalam Latihan Kebakaran (Fire Drill). Bergambar kenangan bersama YBhg. Dato’ Indera Ikmalrudin bin Ishak, Setiausaha SPR.