PUTRAJAYA, 30 September 2022
MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI PUTRAJAYA TAHUN 1444H/2022M JAWI Putrajaya menerusi Cawangan Dakwah telah menganjurkan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya Tahun 1444H, Bertempat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan PUTRAJAYA.
Majlis pada kali ini disertai oleh 6 orang peserta lelaki dan 4 orang peserta wanita.
Bacaan Qari dan Qariah pada kali ini telah dihakimi oleh 4 orang hakim yang dilantik iaitu YBrs.Dr.Muhammad Lukman Ibrahim (Tarannum), YBrs.Ustaz Mohd Nidzomuddin Ahmad (Suara), YBrs.Tuan Hj.Abdul Karim Zakaria (Fasohah), dan YBrs.Ustaz Ikmal Zaidi Hashim (Tajwid).
Johan Qari pada kali ini disandang oleh En.Muhammad Hasriza Hassan, diikuti En.Zainuddin Abd Rahman di tempat kedua, dan En.Zulhilmi Zakaria dari JBPM Putrajaya di tempat ketiga. Manakala bagi qariah pula, johan disandang oleh Pn.Yuslina Mohd Yunos, tempat kedua disandang oleh Pn.Roslah Mohd Rani, dan Dr Jamfarizawati di tempat ketiga. Tahniah kepada wakil JBPM Putrajaya.
PB Zulhilmi Bin Zakaria menyertai Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya Antara barisan hakim yang mengaidili Pertandingan Tilawah Al-Quran kali ini. PB Zulhilmi Bin Zakaria mendapat hadiah tempat ketiga.