24 September 2022 (Sabtu)- JBPM Putrajaya telah dipelawa menjayakan pameran sempena Karnival Putrajaya 2022. Dijangka seramai lebih 30,000 pengunjung hadir ke karnival yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik dan berlangsung sehingga hari Ahad. Perasmian karnival akan dirasmikan oleh YB Menteri Wilayah Persekutuan pada pukul 5.00 petang. Pameran JBPM Putrajaya dikendalikan oleh PKPgB Lizawati binti Mohd Nasir (BKK) bersama PBK II (KUP) Mohd Ayub bin Ab Wahab (BKK), PBK II (KUP) Muhammad Najib bin Haniff (BPP P14), PB Mohd Hasif bin Othman dan PB Syuhadah (BBP P7).
Tapak pameran yang disediakan oleh Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Putrajaya PKPgB Lizawati Binti Nasir sedang menunjukkan diorama berkaitan dengan operasi pemadaman yang dijalankan. PB Mohd Ayub Bin Ab. Wahab sedang menerangkan tentang penggunaan Alat Pemadam Api kepada pengunjung. Kanak-kanak sedang mencuba pakaian Kelab 3K. PB Mohd Ayub Bin Ab. Wahab sedang mengedarkan kelengkapan mewarna kepada kanak-kanak. Bergambar kenangan bersama kanak-kanak yang mengunjungi tapak pameran JBPM Putrajaya.