Pada 22/9/2022 jam 3.00 petang telah berlangsung Majlis Perasmian Penutupan Karnival Kadet Bomba Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya Tahun 2022 bertempat di BBP Presint 14. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YS PgKB I Arifin Bin Kamari, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya. Karnival yang berlangsung selama 2 hari bermula dari 21/9 hingga 22/9/2022 itu telah disertai oleh Pasukan Kadet Bomba dari Sekolah-sekolah di seluruh Putrajaya bagi memilih pasukan ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan secara dalam talian melalui penghantaran video. Sebanyak 11 sekolah menyertai karnival ini melibatkan hampir 400 orang pelajar. Antara acara-acara yang dipertandingkan adalah Kawad Kaki, ASPEC Challenge, Ikatan dan Simpulan, Montaj Fire Drill dan Video Inovasi. Turut hadir di dalam majlis tersebut PgKB II Henry Goliong, Timbalan Pengarah JBPM Putrajaya, Encik Ismail Bin Ghazali, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Bakat (Kokurikulum), Penolong-Penolong Pengarah JBPM Putrajaya, Pengetua-Pengetua Sekolah, Pegawai-pegawai Teknikal Kadet Bomba dan Guru-guru Penasihat Kadet Bomba. Tahniah diucapkan kepada pemenang dan peserta yang menyertai karnival terima kasih kepada. semua yang terlibat pada Karnival kali ini.
Keputusan Cabaran Kadet Bomba Tahun 2022
Acara Ikatan dan Simpulan:
Lelaki
- SMK Putrajaya Presint 11(2)
- SMK Putrajaya Presint 5(1)
- SMK Agama
Perempuan
- SMK Agama
- SMK Putrajaya Presint 14(1)
- SMK Putrajaya Presint 5(1)
Acara Aspec Challenge
Lelaki
- SMK Putrajaya Presint 8(1)
- SMK Putrajaya Presint 11(2)
Perempuan
- SMK Putrajaya Presint 5(1)
- SMK Putrajaya Presint 9(2)
- SMK Putrajaya Presint 8(1)
Acara Cabaran Kawad Kaki
Lelaki
- SMK Putrajaya Presint 5(1)
- SMK Putrajaya Presint 9(2)
- SMK Putrajaya Presint 11(1)
Perempuan
- SMK Putrajaya Presint 14(1)
- SMK Putrajaya Presint 5(1)
Para hadirin berdiri hormat semasa nyanyian lagu ‘Negaraku’. Guru-guru dan pelajar-pelajar turut serta dalam bacaan doa. YS Pengarah menyampaikan ucapan penghargaan kepada peserta-perserta yang menyertai Karnival Kadet Bomba. Wakil guru menerima Sijil Penyertaan daripada YS Pengarah. YS Pengarah menyampaikan Sijil Penyertaan kepada pelajar. YS Pengarah menyampaikan piala kepada pemenang. YS Pengarah, Timbalan Pengarah dan Penolong Pengarah Bahagian bergambar kenangan bersama guru-guru kadet bomba. Juara Kadet meraikan kemenangan dengan bergambar kenangan di JBPM Putrajaya.