TEMUBUAL YB MENTERI KPKT & PEGAWAI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA DALAM PROGRAM REALITI TV REAL MAN MALAYSIA : WIRA MERAH
All Asia Broadcast Center (ASTRO) telah mengadakan sesi temu bual bersama YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan(KPKT) & Pegawai Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi Program Realiti TV Real Man Malaysia: Wira Merah bertempat di Bilik Bunga Raya Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat . Dalam temubual ini pegawai bomba menceritakan pengalaman menghadapi insiden-insiden sepanjang karier sebagai penyelamat dan temubual bersama YB Tuan Nga Kor Ming Menteri KPKT bertujuan untuk memberi semangat kepada semua peserta terdiri daripada lapan orang artis dan selebriti tempatan yang menyertai program Real Man Malaysia : Wira Merah. Turut hadir pada sesi temubual YB Menteri adalah YAS Dato Abdul Wahab bin Mat Yasin Ketua Pengarah JBPM, YAS TKP(P) Dato Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Pengarah Bahagian Korporat PPjB Azmi bin Sadon dan YS PgKB I Ashari bin Johari Pengarah JBPM Putrajaya.