* MAJLIS IBADAH QURBAN KPKT BERSAMA WARGA BOMBA 2023 *
Alhamdulillah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sekali lagi telah dilantik selaku tuan rumah bagi Program Ibadah Qurban KPKT Bersama Warga Bomba bagi tahun 1444H pada 2 Julai 2023 bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Presint 14 Putrajaya. Program kali ini melibatkan hampir 70 peserta yang mengambil bahagian bagi acara korban, antaranya adalah YBhg Datuk M.Noor Azman bin Taib KSU KPKT, Pengurusan Tertinggi JBPM dan Pegawai-Pegawai Kanan JBPM dan sebanyak lapan (8 ekor lembu yang dibuat korban ini juga turut disertai oleh pegawai-pegawai KPKT, PR1MA , SPNB. Upacara penyembelihan telah dilaksanakan di lapangan BBP Presint 14 dan kemudian diuruskan oleh Jawatan kuasa yang telah dilantik untuk menjalankan kerja-kerja melapah daging korban dikhemah-dikhemah yang disediakan. Timbalan Menteri KPKT YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir bersama YBhg KSU KPKT, YAS Dato Ketua Pengarah JBPM, YAS TKP(P) JBPM berbesar hati membuat agihan daging kepada para asnaf, anggota bomba, RELA, Veterinar, pekerja-pekerja pembersihan dan juga kepada hampir 200 orang yang hadir. Turut hadir pada Program ini adalah YBhg Datuk Saidatu Akhma binti Hassan TKSU KPKT, Datin Nor Latifah binti Jaafar isteri YAS Dato KP JBPM dan Isteri YS Pengarah JBPM Putrajaya. Program diakhiri dengan hidangan jamuan yang dimasak oleh #TeamMasak JBPM .Jutaan terima kasih diucapkan kepada YS Pengarah dan warga kerja JBPM Putrajaya dan kepada semua yang terlibat. Semoga kebersamaan dan ukhuwwah ini dapat dieratkan lagi pada program-program yang akan datang.