KUNJUNGAN MESRA YS PENGARAH JBPM PUTRAJAYA KE PEJABAT SEKSYEN KESELAMATAN JABATAN PERDANA MENTERI PUTRAJAYA
YS PgKB I Ashari Bin JohariPengarah JBPM Putrajaya telah membuat kunjungan mesra ke Seksyen Keselamatan Jabatan Perdana Menteri(JPM). Pertemuan telah berlangsung di Bilik CRM Aras 1. Blok B8 Kompleks Jabatan Perdana Menteri. Di dalam pertemuan ini YS Pengarah JBPM Putrajaya bersama Ketua Seksyen Keselamatan JPM Tn Mazlan bin Mohd Noor, Puan Faridah binti Mustafa Pegawai Keselamatan dan Timbalan Pegawai Keselamatan Puan Syofia telah membincangkan beberapa perkara dan bertukar informasi , fokus kepada penyelarasan Pemeriksaan Keselamatan Bangunan di Kompleks B Setia Perdana , Kajian Nilai Risiko dari aspek Keselamatan Kebakaran dan Bencana di Putrajaya, disamping membincangkan kerjasama memperkukuhkan aktiviti-aktiviti berbentuk kebombaan dan hasil perbincangan ini dijangka akan dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak yang bertanggunjawab secara langsung dalam bidang keselamatan . Turut hadir di dalam pertemuan ini adalah PgB Mohamad Nazri bin Ar Azmi Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan JBPM Putrajaya , PKPgB Yuzaimie bin Ahmad Kamil Cawangan Pengurusan Operasi dan dan Penyelamat dan TPgB II Azalin Bin Samdin Ketua Pegawai Perhubungan JBPM Putrajaya.