PROGRAM JALINAN MESRA DAN SUMBANGAN AGIHAN KUIH RAYA SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
Program Jalinan Mesra dan Sumbangan Kuih Raya telah pun berlangsung agihan sumbangan kuih raya yang disumbangkan oleh PERISMA Kebangsaan melalui PERISMA WP Putrajaya bertempat di Bay BBP Presint 7 JBPM Putrajaya.
YBhg. Datin Tay Ti Mei dan AJK PERISMA berbesar hati turun padang menyampaikan sumbangan dengan mengagihkan kuih raya tersebut mengikut bahagian sambil beramah mesra dan bermaaf-maafan bersama pegawai dan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya . Program tersebut diabadikan dengan bergambar kenang-kenangan bersama-sama semua yang hadir sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.
Timbalan Pengarah PgKB II Henry Goliong mengiringi YBhg. Datin Tay Ti Mei ke Engine Bay, BBP Presint 7. YBhg. Datin Tay Ti Mei turun padang untuk bertemu dengan warga JBPM Putrajaya. YBhg. Datin Tay Ti Mei menyampaikan sumbangan kuih raya kepada Timbalan Pengarah. Penyelia Pasukan A mewakili anggota-anggota Pasukan A menerima sumbangan kuih raya. Penyelia Pasukan mewakili anggota-anggota menerima sumbangan kuih raya. Wakil anggota bomba BBP Presint 7 menerima sumbangan kuih raya. Ketua Balai Presint 14 mewakili anggota-anggota menerima sumbangan kuih raya. Wakil anggota bomba BBP Presint 14 menerima sumbangan kuih raya. Wakil anggota bomba BBP Presint 14 menerima sumbangan kuih raya. YBhg. Datin Tay Ti Mei bergambar bersama warga JBPM Putrajaya.