Putrajaya 11 April 2023(Selasa) –
Selesai sudah Pertandingan Tilawah Al Quran, Hafazan, Laungan Azan, Nasyid dan Qasidah Peringkat Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan(KPKT). Pertandingan akhir telah berlangsung bertempat di Dewan Sutera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM).JBPM Putrajaya telah berjaya merangkul Naib Juara bagi Kategori Nasyid dan tempat ke-tiga kategori Laungan Azan. Hadiah pemenang-pemenang telah disampaikan Oleh Timbalan Menteri KPKT bersama Ketua Pengarah JBPM dan Timbalan Ketua Setiausaha KPKT. Tahniah kepada JBPM Putrajaya.
PB Zulhilmi Bin Zakaria mewakili JBPM Putrajaya bagi kategori Tilawah. PB Muhammad Rabbani bin Kamaludin menjadi wakil bagi kategori Hafazan. PB Tuan Nur Syafiqah Binti Tuan Muhamad mewakili JBPM Putrajaya bagi kategori Tilawah.
PB Mohammad Nizhomuddin Bin Azmi menyertai Pertandingan Azan bagi mewakili JBPM Putrajaya Peserta Qasidah yang mewakili JBPM Putrajaya Team Teknikal yang menjayakan kerja belakang tabir bagi pertandingan tersebut. Peserta Qasidah yang mewakili JBPM Putrajaya Peserta Nasyid yang berjaya sehingga ke peringkat akhir dan sekaligus mendapatkan tempat Ketiga. YAS Dato’ Wahab hadir memberi sokongan kepada peserta-peserta pertandingan. Peserta-peserta berdebar menunggu keputusan pertandingan. JBPM Putrajaya menjadi Naib Juara bagi Kategori Nasyid PB Mohammad Nizhomuddin Bin Azmi berjaya merangkul Tempat Ketiga bagi Kategori Azan. Replika Cek bagi Pertandingan Tilawah Al-Quran, Hafazan, Azan, Nasyid dan Qasidah 2023M