23 Mei 2023 – Putrajaya
Assalamualaikum, Salam Sejahtera , Salam JBPM Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra dan Salam Malaysia Madani..
YB Datuk Dr Radzi Jidin bersama Rombongan dari Pusat Khidmat Putrajaya dengan berbesar hati mengadakan Kunjungan Hormat ke JBPM Putrajaya. Beliau telah disambut mesra oleh YS Pengarah Putraja bersama-sama Penolong-Penolong Pengarah Bahagian.
Satu taklimat Pentadbiran JBPM Putrajaya disampaikan oleh YS Pengarah dan perbincangan dua hala telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Teratai JBPM Putrajaya. Antara topik perbincangan :
- Adalah bagaimana pendekatan dapat dijalankan dan pengetahuan keselamatan kebakaran dapat disebarkan kepada masyarakat merangkumi Latihan Fire Drill, Penggunaan Alat2 Kebombaan di premis, Penggunaan Alat Pemadam Api dan cearmah2 kesedaran.
- Kerjasama yang dapat dijalinkan anatara JBPM Putrajaya bersama Pusat Khidmat Setempat Putrajaya bagi membantu masyarakat yang terjejas dengan kebakaran dan bencana.
- Menyalurkan maklumat lebih cepat kepada Pusat Khidmat Putrajaya .
Dalam Kunjungan ini juga YS Pengarah telah menyampaikan Cenderahati kenangan berupa Kits Keselamatan Kebakaran sebagai tanda kenangan dan menunjukkan bahawa JBPM Putrajaya serius dan sentiasa berusaha keras dalam memastikan keselamatan nyawa diberikan keutamaan. Diakhir Kunjungan ini diabadikan bergambar kenang-kenangan bersama YB Datuk Dr Radzi Jidin di perkarangan JBPM Putrajaya.
YB Datuk Dr Radzi Bin Jidin JBPM Putrajaya menyambut mesra kedatangan YB Datuk Dr Radzi Bin Jidin ke JBPM Putrajaya. YS Pengarah mengiringi YB Datuk Dr Radzi Bin Jidin ke Bilik Mesyuarat Teratai. YB Datuk Dr Radzi Bin Jidin menandatangani Buku Pelawat sambil diperhatikan YS Pengarah. YB Datuk Dr Radzi Bin Jidin menandatangani Buku Pelawat sambil diperhatikan YS Pengarah. YS Pengarah beramah mesra dengan YB Datuk Dr Radzi Bin Jidin. YS Pengarah menyampaikan taklimat pentadbiran JBPM Putrajaya. YB Datuk Dr Radzi Bin Jidin memberikan berbincang mengenai hala tuju JBPM Putrajaya. YS Pengarah memberi penerangan mengenai pentadbiran di JBPM Putrajaya. Perbincangan telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Teratai JBPM Putrajaya. Perbincangan bersama YS Pengarah dan PP Bhagaian. YS Pengarah menyampaikan Cenderahati kenangan berupa Kits Keselamatan Kebakaran sebagai tanda kenangan. YS Pengarah menyampaikan cenderhati kepada YB Datuk Dr Radzi Bin Jidin. YS Pengarah dan pegawai-pegawai kanan bergambar kenangan bersama YB Datuk Dr Radzi Bin Jidin. Bergambar kenangan bersama YB Datuk Dr Radzi Bin Jidin. YB Datuk Dr Radzi Bin Jidin memberikan lambaian perpisahan sebelum pulang.