𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 ‘𝗧𝗘𝗔𝗠 𝗕𝗨𝗜𝗟𝗗𝗜𝗡𝗚’ 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA PUTRAJAYA TAHUN 2023.
GOPENG, PERAK – Buat julung-julung kalinya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya telah menganjurkan Kursus Pengukuhan Berpasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya Tahun 2023 bermula pada 17 hingga 19 November 2023 bertempat di Rock Garden & Himalaya Camping Resort Gopeng, Perak. Program ini disertai seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada YS PgKB I Ashari Bin Johari, Pengarah JBPM Putrajaya, Penolong-penolong Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan, anggota-anggota bomba dan kakitangan gunasama. Program ini dikelolakan oleh Syarikat Summit Attack Resources.Program ini bertujuan untuk meningkatkan kecergasan mental dan fizikal, membina daya kepimpinan dikalangan ahli, ikhtiar hidup dan mewujudkan semangat setia kawan dikalangan ahli. Antara program dijalankan adalah mengadakan tugasan secara berkumpulan berbentuk acara permainan, Malam Impak Maksima dan diakhiri dengan water rafting.